You are currently viewing 5 Punca Rambut Gugur Menurut Perubatan Ayurveda

5 Punca Rambut Gugur Menurut Perubatan Ayurveda

Rambut anda mula gugur dan risau akan punca rambut gugur anda? Banyak faktor yang boleh menjadi punca rambut gugur. Ketahui apa punca rambut gugur anda dari perspektif perubatan Ayurveda. Perubatan Ayurveda adalah salah satu sistem penyembuhan yang tertua di dunia yang bersifat holistik. Ia telah dipraktikkan lebih dari 3,000 tahun dahulu di India. Jika anda rasakan artikel tentang punca rambut gugur ini bermanfaat, jangan lupa bookmark dan sharekan artikel dari KhatulEast ini untuk manfaat yang lain.

 

pureup shopee
Dapatkan PureUp di Shopee sekarang!

 

 

Antara pengalaman yang mengerikan adalah apabila melihat rambut gugur tidak terkawal dan semakin lama semakin menipis. Memang akan rasa sangat buntu, tidak kira lelaki mahupun wanita. Rambut merupakan mahkota seseorang.

Rata- rata yang mengalami masalah keguguran rambut akan mencuba pelbagai jenis produk untuk merawat punca rambut gugur dan sanggup menghabiskan ratusan malahan ribuan ringgit semata-mata untuk melihat rambut subur kembali.

Menurut perubatan Ayurveda, masalah punca rambut gugur boleh disebabkan oleh pelbagai faktor yang merosakkan keseimbangan Dosha (jenis energi tubuh).  Dosha terbahagi kepada 3 jenis iaitu Vata (rongga dan udara), Pita (air dan api) dan Kapa (air dan tanah).

Punca rambut gugur adalah berbeza bagi setiap individu. Justeru, adalah sangat penting untuk kita mengenalpasti apa punca sebenar keguguran rambut yang kita alami.

Langkah pertama dalam merawat punca rambut gugur adalah menghentikan atau mengelakkan sepenuhnya amalan yang menjadi punca keguguran rambut, diikuti dengan rawatan dengan herba atau pemakanan yang dapat memberi kesan sepenuhnya.

 

 

5 Punca Rambut Gugur

Antara beberapa faktor utama yang menjadi punca rambut gugur menurut perubatan Ayurveda adalah seperti berikut :-

 

  1. Penurunan Berat Badan Yang Mendadak

punca rambut gugur penurunan berat badan

Berat badan yang turun secara mendadak kebiasaannya disebabkan oleh corak pemakanan yang tidak seimbang. Kekurangan zat besi misalnya antara zat yang sangat penting untuk proses regenerasi sel otot, kuku dan rambut.

 

  1. Gangguan Hormon Yang Tidak Seimbang

punca rambut gugur gangguan hormon

Perubahan hormon yang mendadak biasanya dialami oleh wanita yang baru lepas bersalin di mana beberapa hormon baru meningkat dalam tubuh seperti hormon prolaktin, serta kecelaruan kesimbangan antara hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh ibu.

Oleh yang demikian, pemakanan yang berkhasiat sangat penting serta seorang ibu memerlukan rehat yang mencukupi supaya proses baikpulih tubuh berlaku dengan lebih cepat.

 

  1. Penggunaan Produk Rambut Yang Mempunyai Bahan Kimia Bersintetik

punca rambut gugur produk rambut

Punca Rambut Gugur Disebabkan Oleh Penggunaan Wax, Gel dan Pomade

Pada hari ini, lambakan produk rambut seperti wax, gel dan pomade sebagai pendandan rambut menjadi kegilaan ramai golongan lelaki tidak kira remaja atau dewasa.

Kebanyakan produk ini mempunyai kandungan kimia dan sintetik yang tinggi. Justeru, tidak hairanlah apabila ramai lelaki yang mengalami keguguran rambut di usia yang sangat muda.

 

Punca Rambut Gugur Disebabkan Oleh Produk Syampu dan Amalan Bersyampu Terlalu Kerap

Selain itu, penggunaan syampu yang terlalu kerap terutama yang mengandungi surfaktan (bahan pembuih) seperti SLS, SLES dan Paraben menyebabkan kutikel rambut menipis dan senang gugur.

Bahan pengawet seperti Paraben juga telah terbukti dalam beberapa kajian terkini yang menjadi salah satu punca gangguan kepada ketidakseimbangan hormon tubuh.

Walaupun kuantiti bahan kimia ini masih mengikut jumlah yang dibenarkan, namun apabila digunakan terlalu kerap pastinya akan memberi kesan pada tubuh seseorang.

 

  1. Suhu Badan Yang Panas

punca rambut gugur badan panas

Suhu badan yang panas juga menjadi antara faktor punca rambut gugur. Suhu badan yang panas yang dimaksudkan di sini bukan  berkait dengan sakit atau demam, tetapi peningkatan suhu badan yang berlaku akibat daripada kekurangan air atau pengambilan herba dan ubat-ubatan yang bersifat panas.

Rambut akan lebih mudah gugur jika suhu pada kulit kepala terlampau panas. Jika ini menjadi punca rambut gugur, pastikan pengambilan air bersih mencukupi dalam anggaran 1 liter bersamaan 20 kilogram berat tubuh.

Dalam masa yang sama, perbanyakkan makan dan minum daripada sumber makanan yang bersifat sejuk seperti timun, kelapa, barli dan sebagainya.

Untuk menyejukkan kulit kepala pula, bolehlah untuk mengamalkan penggunaan herba-herba yang bersifat sejuk seperti Amla, Shikakai, Bhringraj dan Henna sebagai syampu dan masker.

 

  1. Tekanan Yang Berpanjangan

punca rambut gugur tekanan

Banyak kajian yang dilakukan  telah membuktikan bahawa stress dan kemurungan antara penyebab utama yang mengganggu sistem baikpulih tubuh sesorang.

Reaksi tubuh dalam menghadapi tekanan yang berpanjangan adalah berbeza mengikut individu. Ada yang mengalami sakit kepala, kesukaran bernafas, serta ada yang mengalami masalah rambut gugur yang teruk serta kelemumur yang tidak berkesudahan akibat penurunan sistem imun tubuh.

Aktiviti riadah serta senaman adalah sangat baik untuk mengurangkan tekanan serta memperbaiki cara pernafasan.

 

 

Rawatan Rambut Gugur Yang Berkesan Dan Selamat

Jika anda sedang mencari cara yang boleh membantu merawat punca rambut gugur anda, kami sangat mengesyorkan petua tradisional dengan menggunakan pati buah keras.

Petua tradisional ini berkesan dalam mengatasi masalah punca rambut gugur serta merangsang pertumbuhan bulu baru seperti bulu mata, bulu dada, jambang, janggut, misai dan juga kening. 

Pastikan pati buah keras itu adalah betul-betul asli tanpa campuran bahan lain, barulah organik dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Pastinya tiada kesan dan selamat digunakan.

 

Petua Rambut Gugur

Nak dapatkan pati buah keras asli?

>>> KLIK SINI UNTUK DAPATKANNYA SEKARANG! <<<

 

Telah kami kongsikan 5 punca rambut gugur dari perspektif perubatan Ayurveda. Jika anda rasakan artikel tentang punca rambut gugur ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang punca rambut gugur.