7 Makanan Penyebab Rambut Beruban

Masalah rambut beruban? Sebelum itu, sudahkah anda tahu punca-punca rambut beruban ini? Kalau belum, boleh baca di sini.

Beruban adalah perkara biasa untuk orang tua tetapi bukan normal untuk orang muda. Menakutkan bukan apabila uban sudah muncul walaupun umur belum lagi tua. Menjadi perkara biasa bagi orang-orang muda sekarang untuk rambut beruban disebabkan oleh corak pemakanan dan perubahan gaya hidup. Salah satu sebab yang menyumbang kepada rambut berubah adalah disebabkan oleh tekanan. Walaupun faktor umur menjadi punca utama masalah rambut beruban, pemakanan yang tidak seimbang juga menjadi penyumbang utama dalam permasalahan ini. Pemakanan yang baik membantu mengekalkan warna rambut dan megekalkan rambut yang sihat. Oleh itu, adalah penting untuk makan makanan yang sihat untuk mencegah uban dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Berikut adalah beberapa makanan yang boleh menyebabkan rambut beruban dan jika tidak dibendung boleh menyebabkan masalah yang serius dalam jangka masa panjang.

 

1. Gula

Ramai orang tidak tahu gula boleh menyebabkan rambut beruban. Makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi boleh mempercepatkan proses penuaan. Gula juga boleh mengurangkan jumlah vitamin E dalam darah yang penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat. Selain itu, gula juga boleh mengurangkan keanjalan kulit.

Satu lagi sebab mengapa anda harus kurangkan gula dalam makanan adalah kerana gula mengganggu penyerapan protein dalam badan. Protein penting untuk gigi, tulang dan rambut. Gula juga menganggu keseimbangan mineral dalam darah. Mineral penting untuk rambut dan gula menggunakan banyak mineral semasa ia dicernakan. Ini boleh menyebabkan uban.

Tetatpi bukanlah tidak boleh ada langsung gula dalam makanan kita. Gula juga memang boleh didapati secara semulajadi dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

 

2. Protein Haiwan

Sesetengah daging haiwan sangat tinggi kandungan protein dan tidak baik untuk badan dan rambut anda. Protein haiwan yang berlebihan akan menghasilkan asid urik yang mana tidak baik untuk rambut dan boleh menyebabkan uban.

 

3. Minuman Bergas

Adakah anda tahu bahawa satu tin soda mengandungi sepuluh sudu teh gula? Selain gula, minuman bergas juga mengandungi pemanis tiruan dan warna. Mengambil minuman bergas untuk jangka masa lama boleh menjadikan kita gemuk dan juga menyebabkan gigi reput. Minuman bergas juga punca utama masalah uban.

 

4. Pewarna dan Pemanis Tiruan

Makanan dan minuman lain yang anda harus elakkan adalah pewarna dan pemanis tiruan. pewarna dan pemanis tiruan boleh menyebabkan alahan, pekak, migrain dan juga menyebabkan uban. Oleh itu, elakkan makanan dan minuman yang mempunyai pewarna dan pemanis tiruan.

 

5. Garam

Ramai orang suka makan makanan yang masin-masin. Menurut pakar, adalah tidak sihat untuk mengambil lebih daripada 2300mg garam sehari. Jika anda mempunyai kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik atau umur anda melebihi 51 tahun, pengambilan harian anda hendaklah tidak kurang daripada 1500mg. Garam adalah penting untuk memastikan anda mempunyai keseimbangan cecair dalam badan.

Maksudnya, garam bukanlah bahan yang boleh kita abaikan. Walaubagaimanapun, ia perlu diambil secara sederhana. Jika diambil secara berlebihan, ia boleh menyebabkan rambut beruban selain masalah-masalah kesihatan lain.

 

6. Tepung Gandum Proses (Bleached White Floor)

Banyak khasiat dan manfaat yang terdapat dalam tepung gandum dimusnahkan dan digantikan dengan logam besi. Tubuh manusia tidak sepatutnya mengambil sebarang logam besi. Tepung gandum proses diserap oleh badan sebagai kanji, bukan sebagai gandum atau bijirin. Ia tidak mengandungi serat dan juga manfaat pemakanan lain. Walaupun rambut anda memerlukan zat besi, vitamin dan mineral untuk tumbuh sihat, kandungan besi yang tinggi dalam tepung gandum proses adalah tidak sihat dan boleh menyebabkan rambut beruban.

 

7. Monosodium Glutamat (MSG)

Monosodium Glutamat boleh didapati dalam kebanyakan makanan yang diproses. Ia adalah penyebab kepada banyak masalah kesihatan termasuk uban. Ia boleh didapati dalam sosej, kentang goreng dan juga sup. Jika anda mahu mengekalkan rambut hitam anda, elakkan makanan proses yang tinggi dengan kandungan Monosodium Glutamat ini. Mulalah pemakanan yang sihat jika mahu pengelakkan uban pra-matang. Ambillah makanan semulajadi yang kaya dengan nutrien. Telur dan hati daging adalah baik untuk rawatan rambut beruban. Perlu anda tahu, anemia (kurang darah merah) juga adalah punca utama masalah uban. Oleh itu, jagalah pemakanan anda untuk mengekalkan tahap kesihatan anda yang sihat.

 

Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama