6 Jenis Pengambilan untuk Kulit Awet Muda

Pengambilan makanan yang sihat merupakan langkah awal yang baik untuk memperoleh kulit awet muda. Pada masa ini, semakin banyak produk kecantikan di pasaran yang diyakini boleh membuat kulit anda segar dan kelihatan awet muda. Namun tidak cukup dari luar saja, makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh sama pentingnya dengan produk kecantikan yang disapu ke kulit.

Makanan dan minuman tersebut akan diurai menjadi pelbagai jenis nutrien yang bermanfaat bagi sel tubuh, termasuk kulit. Penjagaan kulit wajah rutin tidak akan memberikan hasil yang maksimum apabila pengambilan makanan dan minuman yang dimakan kurang berkhasiat.

Berikut pengambilan yang tidak boleh kita abaikan agar kulit sentiasa sihat:

1. Air

Untuk nutrisi dari makanan mudah diserap oleh kulit, sel-sel kulit memerlukan air sebagai perantaraan. Air juga membantu sel mengeluarkan racun dan zat sisa metabolisme dari tubuh. Kulit yang terhidrat dengan baik akan kelihatan segar, lembap, serta tidak mudah timbul kedutan atau garis penuaan. Air kelapa merupakan alternatif yang baik untuk menggantikan elektrolit yang hilang kerana dehidrasi.

2. Buah-buahan

Semua jenis buah-buahan baik untuk dimakan, namun ada antara buah-buahan yang diyakini mempunyai manfaat lebih untuk kesihatan kulit.

Sebagai contoh:

Avokado tinggi kandungan lemak sihat dan fito-nutrien yang penting untuk sel kulit.
Buah-buahan beri (strawberi, bluberi, dll) kaya dengan vitamin C dan vitamin A. Khasiat yang sama terdapat pada buah buah golongan sitrus, betik, kiwi, atau epal.
Vitamin C berperanan melindungi kulit daripada kerosakan akibat pendedahan kepada cahaya matahari, dengan cara memperbaiki kerosakan jaringan kolagen dan elastin kulit, menjadikan kulit tetap kenyal. Vitamin A pula berperanan penting dalam pertumbuhan semula sel kulit lama dengan yang baru.

3. Sayur

Untuk kesihatan yang baik, pastikan menu kita sehari-hari mengandungi sayur-sayuran berwarna merah, kuning, dan hijau. Warna merah seperti tomato. Hijau seperti bayam, sawi, dan brokoli. Kuning seperti pada lada benggala, atau oren seperti pada lobak merah. Semakin gelap atau cerah warna sayur tersebut, semakin banyak vitamin dan mineral yang terkandung.

4. Rempah-rempah

Rempah sangat popular di Malaysia. Selain memberikan rasa pada makanan, beberapa jenis rempah seperti kunyit dan bunga cengkih juga mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Kayu manis dan pala diketahui mengandungi sebatian anti peradangan, antibakteria, dan boleh memperbaiki peredaran darah. Jintan juga mengandungi vitamin E dan kesan antibakteria untuk menghalang pembentukan jerawat.

5. Protein

Pertama, protein daripada haiwan yang hidup di air. Ikan seperti siakap, tuna, salmon, sardin, udang, ketam, tiram amat tinggi dengan kandungan selenium. Mineral selenium membantu melindungi kulit dari bahan radikal bebas. Zat radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan, kerosakan organ dalaman, dan mudah terkena penyakit. Salmon juga kaya dengan omega-3 dan omega-6. Namun, pilihlah produk yang segar dan bebas daripada bahan pengawet.
Kedua, protein daripada ayam. Daging ayam kaya dengan coenzyme Q10 yang menghalang bahan-bahan radikal bebas. Secara semulajadi, tubuh kita menghasilkan sendiri jenis antioksida ini. Namun seiring dengan pertambahan usia, penghasilannya akan semakin berkurang.

6. Minyak zaitun, bijirin, kekacang

Minyak kanola (bunga matahari), zaitun, bijirin dan kekacang mengandungi asid emak omega-3 dan omega-6 yang membantu mengembalikan minyak semulajadi yang bertindak sebagai pelindung kulit agar kulit tetap lembut dan lembap. Contoh kekacang lain seperti badam, walnut, dan soya mudah didapati dalam bentuk tempe atau susu soya.
Pelbagaikan menu makanan kita dengan bahan-bahan di atas dalam kuantiti yang secukupnya. Selain memberikan nutrisi kepada tubuh, jangan lupa untuk menjaga kebersihan kulit wajah dengan menggunakan pelindung kulit seperti pelindung matahari (sunblock) untuk hasil yang lebih baik.