5 Makanan Ini Boleh Bantu Anda Tidur Lebih Nyenyak

Adakah tidur anda mencukupi dan berkualiti setiap malam? Tidur yang kurang atau selalu terganggu memberi kesan pada mental dan fizikal kita. Apabila semakin kerap ia berlaku, lama kelamaan kita akan merasakan adalah susah untuk kita mendapatkan tidur berkualiti yang kita inginkan. Ramai yang suka mengambil pil tidur bagi mereka yang inginkan menyelesaian segera. Sungguh pun begitu, ada cara yang lebih sihat untuk mengatasi masalah ini.

Cuba lihat kembali pemakanan kita sehari-hari. Makan sudah menjadi sebahagian daripada rutin kita seharian. Mengapa tidak masukkan makanan yang boleh membantu tidur ke dalam diet makanan kita? Berikut adalah 5 makanan yang patut anda cuba:

1. Keju Mozzarella

Keju ini mengandungi 2 kali ganda tryptophan, sejenis asid amino yang menggalakkan tubuh kita untuk menghasilkan lebih serotonin (bahan kimia baik yang memberikan kesan gembira). Kandungan yang sama juga terdapat dalam ayam berlanda.

2. Salmon

Ikan salmon memiliki khasiat yang luar biasa, menjadikannya sejenis makanan yang patut anda cuba. Satu kajian terbaru telah membuat kesimpulan bahawa, dengan mengambil 600 mg asid lemak Omega-3 sehari boleh memberikan waktu tidur yang lebih panjang. Kajian ini juga mendapati bahawa seseorang itu berkemungkinan 7 kali kurang untuk terjaga sepanjang tidur malam.

3. Badam

Selain kaya dengan trytophan, segenggam kacang badam memberikan tubuh anda 20 peratus daripada pengambilan magnesium harian yang disarankan, yang mana membantu otot anda untuk berehat dan memberikan rasa tenang pada tubuh badan.

4. Oatmeal

Kaya dengan karbohidrat, oatmeal membekalkan tubuh badan anda dengan nutrisi dan rasa kenyang. Ia juga merupakan sumber yang terbaik untuk hormon melatonin (bagus untuk tidur). Jadi, makanlah!

5. Pisang

Satu lagi sumber tryptophan, pisang juga kaya dengan magnesium dan potassium, yang mana bagus untuk otot yang lebih rilek. Selain itu, seperti keju mozzarella dan badam, pisang juga menggalakkan tubuh untuk menghasilkan tryptophan.

 

Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama