3 Tip Facial Ais Batu untuk Merawat Kulit Wajah di Rumah

Ais batu terbukti boleh digunakan untuk merawat kulit wajah. Jika malas nak ke salon atau tempat rawatan wajah, kita boleh menggunakan ais batu yang ada di dalam peti sejuk kita. Terkejut kan? Jom, ikuti penerangan lengkap seterusnya.

Ais batu boleh mengatasi masalah kulit terbakar, kelopak bawah mata (mata sembab), dan juga jerawat degil. Ada tiga cara facial ais batu yang boleh kita buat dan cuba sendiri di rumah. Setiap jenis facial ini mempunyai fungsi dan manfaatnya yang tersendiri. Jadi, pilih yang terbaik untuk kita ya!

 

1. Facial Ais Batu Timun, Madu, dan Lemon

Untuk mendapatkan kulit cerah, kita boleh buat sendiri facial ais batu ini. Caranya campurkan air, timun yang sudah dikisar, madu, dan air perahan lemon. Kemudian bekukan di dalam peti sejuk.

Untuk menggunakannya, keluarkan ais batu dari peti sejuk. Diamkan dulu kira-kira 30 saat agar sedikit mencair dan lebih lembut. Selepas itu barulah disapukan ke seluruh permukaan kulit wajah dan leher. Biarkan selama 5-10 minit, baru dibilas dengan air bersih.

2. Facial Ais Batu Teh Hijau

Bancuh teh hijau. Biarkan sejuk sehingga asapnya hilang. Masukkan ke dalam acuan ais batu. Bekukan di dalam peti sejuk. Kita boleh menggunakan ais batu teh hijau ini untuk mengatasi masalah kelopak bawah mata (mata sembab). Selain itu, kandungan kafein dan ais boleh mengurangkan bengkak dan cecair berlebihan di sekeliling mata.

3. Facial Air dan Ais Batu

Sering merasa malas bangun di pagi hari? Atau wajah kelihatan kusut ketika baru bangun tidur? Cubalah teknik facial air dan ais batu ini. Hanya campurkan air dengan ais batu. Biarkan ais batu cair sebentar, lalu gunakan air ini untuk membasuh wajah kita. Sifat sejuk ini boleh meningkatkan peredaran darah dan menegangkan kulit wajah.

Oh ya, kalau kulit kita macam nak tumbuh jerawat, cuba ambil ais batu. Bungkus ais batu dengan plastik, kemudian tekan-tekankan pada bahagian muka yang berjerawat selama kira-kira 5 minit. Cara ini boleh mengatasi rasa pedih dan juga kemerahan pada kulit yang berjerawat.

Mudah sekali kan untuk melakukan facial ais batu ini di rumah? Selain mudah, kita pun boleh lebih berjimat. Selamat mencuba!