11 Produk Kosmetik yang Mesti Anda Hentikan Penggunaannya Sekarang!

Sebahagian besar daripada kita mungkin tidak menyedari bahawa produk penjagaan peribadi mengandungi beribu-ribu bahan kimia yang boleh memberi kesan pada hormon, dan ia juga dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.

Setiap hari kita menggunakan produk yang kita rasa selamat, tetapi sebenarnya kebanyakan barang-barang ini adalah TIDAK selamat. Pelbagai ujian yang telah dilakukan mendapati bahan-bahan dalam syampu, pewarna, dan produk penjagaan peribadi yang lain boleh mengakibatkan kanser, kemerosotan pada hormon yang mengawal pembiakan dan tumbesaran.

Walaupun secara amnya ia dianggap selamat, bahan-bahan berasaskan petroleum selalu digelar sebagai “beauty bad guy” kerana ia berpunca dari sumber minyak mentah, bahan yang sama kita isi ke dalam kereta! Petroleum adalah bahan yang tidak boleh dihadam (non-digestable) oleh tubuh manusia, jadi badan kita secara semulajadi akan menolaknya. Ia juga dikaitkan dengan masalah keradangan (dermatitis) yang boleh menyebabkan kerosakan sel, punca tekanan dan juga menyebabkan penuaan pra-matang.Oleh itu, jom ketahui 11 produk kosmetik yang mesti kita hentikan penggunaannya sekarang.

 

1. Syampu Rambut

Jika anda mahukan rambut yang bersih, lurutkanlah rambut anda dengan syampu yang mengandungi sodium laureth sulfat. Sodium laureth sulfat adalah ejen berbuih yang murah dan berkesan. Tetapi, tahukah anda bahawa ia sebenarnya tidak membantu banyak pun untuk membersihkan rambut anda. Kenyataannya, ia boleh menyebabkan kerengsaan kulit kerana ia menghapuskan minyak semula jadi daripada rambut dan kulit kita.

Buih-buih yang terhasil sebenarnya tidak melakukan apa-apa pun untuk rambut dan kulit kepala kita, ia hanya membuatkan kita merasa rambut menjadi lebih bersih. Satu helah pemasaran!

Apabila membeli syampu, elakkan bahan yang mengandungi:

Sodium Laureth Sulfate
Formaldehyde releasing preservatives (Diazolidinyl urea, Imidazolidinyl urea dan DMDM hydantoin)
Etanolamine
Parabens

Carilah syampu yang tidak mengandungi sebatian -eth, seperti sodium laureth sulfat.

 

2. Perapi Rambut

Elakkan bahan-bahan yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate, Ethanolamine dan Cocamide dea. Sama seperti syampu, carilah perapi rambut tanpa sebatian -eth. Elakkan membeli perapi rambut yang mengandungi bahan pengawet formaldehid (Formaldehyde releasing preservatives) seperti Diazolidinyl urea, Imidazolidinyl urea dan DMDM hydantoin.

 

3. Losyen Badan / Pelembab

Banyak losyen badan mengandungi parabens (selalunya ditulis sebagai Methylparaben atau propylparaben) yang ditambah bertujuan untuk menjaga produk daripada rosak terlalu cepat. Walaupun jangka hayat berpanjangan, bahan ini boleh mendatangkan keburukan pada badan kita.

Parabens boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit, mata dan paru-paru. Bahan ini juga dikaitkan dengan pertumbuhan tisu kanser payudara kerana kebolehannya untuk meniru hormon estrogen.

Juga elakkan membeli produk krim anti-penuaan yang mengandungi Polycacrylamide dan PTFE.

Alternatif yang lebih mudah dan semulajadi? Guna sahaja minyak kelapa!

 

4. Pencerah Kulit

Pastikan produk pencerah kulit anda tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti di bawah:

hydroquinone atau BHT
merkuri.
Ceteareth-20
DMDM hydantoindan
Padimate O.

5. Krim Pelindung Matahari (Sun Block)

Jika krim sunblock anda mengandungi:

Avobenzone
PABA,
Oxybenzone
Ethoxycinnamate

sila buang sekarang ke dalam tong sampah. Bahan-bahan ini dikaitkan dengan kegatalan kulit, alahan dan gangguan hormon.

Adalah lebih baik menggunakan pelindung matahari yang menggunakan bahan mineral, seperti zink oksida atau titanium dioksida.

Juga elakkan penggunaan pelindung matahari dalam bentuk semburan, dan pelindung matahari dalam bentuk nano zink atau titanium dioksida, dan apa-apa produk yang mengandungi bahan kimia seperti benzophenone, Homosalate, Octinoxate dan Padimate O.

 

6. Minyak Wangi

Seboleh-bolehnya elakkan atau kurangkan penggunaan produk wangian kerana kemungkinan terdapat bahan-bahan kimia yang memudaratkan, dan biasanya senarai bahan ini tidak ditulis pada label. Juga elakkan bahan kimia seperti:

Diethyl phthalate
Dibutil phthalate
Ethylene Oxide
Nitrosamines
Benzophenone
Parabens
BUTYLATED hydroxyanisole (BHA )
Galaxolide
Musk xylene
Musk ketone
Octinoxate
Tonalide
Styrene

7. Pewarna Rambut

Baca label kandungan sebelum membeli atau menggunakan pewarna rambut, tidak kira di hsalon rambut atau di rumah. Elakkan bahan kimia berbahaya seperti :

lead acetate
toluene (a developmental toxicant)
Resorcinol
P-phenylenediamine
Ethanolamines

 

8. Gincu

Elakkan penggunaan gincu yang mengandungi BHA, serta bahan yang berasaskan minyak mineral yang diketahui penyebab kanser. Sebagai alternatif, pilihlah produk yang berasaskan minyak tumbuhan atau lilin lebah.

Terdapat produk gincu yang mengandungi minyak biji kapas terhidrogenasi yang tercemar dengan arsenik , plumbum, dan merkuri. Juga elakkan bahan yang mengandungi Padimate O dan Petrolatum yang boleh tercemar dengan nitrosamines dan PAHs, bahan yang sama ditemui dalam ekzos kereta!

 

9. Deodoran

Nak tahu apa yang ada dalam deodoran? Deodoran mengandungi propylene glycol yang dikaitkan dengan masalah kulit, kerengsaan mata dan keracunan pada sistem organ. Ia juga salah satu komponen bahan anti-beku. Anda nak pakai bahan yang sama anda masukkan ke dalam enjin kereta anda?

 

10. Pengilat kuku

Kebanyakan bahan pengilat kuku diformulasikan daripada bahan toluena, sejenis pelarut petrokimia yang juga digunakan dalam pelarut cat. Ia diketahui boleh menyebabkan masalah pernafasan, loya, keracunan pada sistem organ dan kemungkinan besar penyebab kanser.

Carilah pengilat yang bebas dari bahan-bahan berbahaya seperti di bawah ini:

formaldehyde
dibutyl phthalate
toluene
formaldehyde resin
kapur barus

11. Sabun Tangan Antibakteria

Bahan yang ditambah dalam formula sabun untuk membuatkannya “anti-bakteria” dipanggil triclosan. Sungguhpun begitu, bahan kimia ini diketahui boleh menyebabkan gangguan hormon, dan dikaitkan dengan masalah kulit, mata dan kerengsaan paru-paru.

 

Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama